Halaman

26 February 2014

Zoo Kemaman bertaraf antarabangsa

Oleh: Suriati Ali 

 Kemudahan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo (TRMZ), Bukit Takal, Kemaman akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa, sekaligus menjadikannya zoo bertaraf dunia. 

TRMZ meliputi tiga fasa kini dalam pembinaan fasa kedua yang menelan belanja kira-kira RM60 juta, membabitkan tanah seluas 24 hektar serta dilengkapi pelbagai kemudahan yang menepati piawaian ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Mustafar Khalid, berkata pihaknya mahu menyediakan ruang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa.

Katanya, apabila siap kelak bakal meliputi pakej Safari Afrika dan Safari Australia mengandungi Aviari Burung, Meredah Belukar Australia, Savana Afrika, Wild Asia serta Penempatan Gajah Terengganu.

“Pembinaan fasa kedua itu akan disiapkan selewat-lewatnya Disember tahun ini dan ia akan mula beroperasi untuk tontonan umum bermula awal tahun depan.

“Kami yakin dengan pembinaan fasa kedua yang menyediakan berbagai lagi sepsis haiwan dari dalam dan luar negara termasuk dari Afrika serta Australia akan menarik lebih ramai pelancong ke TRMZ,” katanya. Katanya, haiwan Afrika akan menjadi tarikan uatam pelancong termasuk zirafah, badak sumbu, kijang, singa, dan cheetah (harimau bintang).

“Malah pengunjung juga berpeluang melihat haiwan dari Australia yang comel seperti kanggaru, beruang koala, kuda serta burung,” katanya ketika menerima Lawatan Bersama Media ke TRMZ.

Lawatan anjuran Unit Komunikasi (UKOM) Terengganu tersebut disertai kira-kira 50 pengamal media seluruh Terengganu antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh DAN Radio Televisyen Malaysia (RTM).

 Beliau berkata, sebaik fasa kedua itu beroperasi sepenuhnya pihanknya akan menjalankan promosi secara menyeluruh bagi menari pelancong untuk berkungjung ke situ.

“Sebelum ini, kami tidak hebahkan mengenai TRMZK kepada umum kerana ia masih dalam proses pembinaan, malah tidak menyiapkan secara sempurna, justeru sebaik fasa kedua ini siap kita akan mempromosikan secara menyeluruh serta mengalu-alukan kedatangan pelancong tempatan dan luar negara.

 “Kami ingin memberi perkhidmatan terbaik dan kualiti zoo bertaraf antarabangsa supaya pengunjung berpuas hati dan secara tidak langsung member gambaran yang baik terhadap pembinaan zoo ini,” katanya.

Menurut seramai 378,477 orang berkunjung ke TRMZK sejak mula beroperasi dan dirasmikan pada 11 April 2009 serta jumlahnya di jangka meningkat berlipat kali ganda apabila fasa kedua ini siap sepenuhnya nanti dengan tarikan tambahan mini taman air.

 

No comments: