Oleh: Aida Abd Rahman
Kerajaan negeri dengan kerjasama Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) akan mengadakan program `Executive Talk Bersama YBhg Prof Dr Chandra Muzaffar, di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 18 Julai ini (Rabu).Program yang akan bermula jam 8.30 malam turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan tetamu kenamaan yang lain.
Menurut kenyataan, penganalisis politik terkemuka, Prof Dr Chandra akan menyampaikan ceramah bertajuk `Malaysia Di Persimpangan Jalan’ yang akan mengupas secara mendalam berkaitan senario politik semasa negara, hala tuju dan peranan rakyat masa kini.
Menteri Besar turut menyampaikan ucapan penutup pada penghujung program nanti.