Selepas lebih seminggu sukar menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga di luar rumah akibat cuaca mendung dan hujan, keadaan yang semakin pulih sejak Jumaat lalu mendorong orang ramai berpusu-pusu membanjiri pusat rekreasi di sekitar bandar ini.
Tinjauan Teganukita Jumaat lalu, mendapati pusat peranginan dan riadah paling popular di bandar ini, Pantai Batu Buruk umpamanya, sesak dengan pengunjung serta kenderaan yang memenuhi lokasi itu bersama keluarga masing-masing sejak jam 4 petang.
Taman awam yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung serta menjadi lokasi persinggahan utama pada hujung minggu, bertukar sepi sejak musim tengkujuh melanda Terengganu dan Pantai Timur.
Suasana di situ mula berubah apabila ramai ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak bermain di taman permainan, membeli pelbagai makanan yang dijual di tepi-tepi jalan serta menaiki kereta kuda yang disediakan untuk disewa di tepi pantai.
Seorang pengunjung, Wan Airufiza Wan Ariffin, 34, berkata cuaca cerah sejak pagi lagi mendorongnya membawa empat anak yang berusia 12 hingga tiga tahun ke pusat peranginan itu sebagai memenuhi hasrat anak-anak untuk beriadah.
“Sebelum ini sukar untuk menunaikan permintaan mereka sebab hujan tidak berhenti-henti. Hari ini, Alhamdulillah, berpeluang memenuhi masa bersama anak-anak sambil mereka bermain sepuas-puasnya,” katanya.
Seorang pelatih jururawat dari Kedah, Cik Aimie Nadya Abd Alim, 19, berkata suasana meriah di sekitar pusat peranginan itu seperti pesta hari keluarga dengan pelbagai ragam manusia terutama kanak-kanak.
“Tempat parkir juga sesak sehingga terpaksa meletakkan kereta jauh dari teman permainan. Bagaimanapun, saya dan keluarga seronok dapat berkumpul sambil menikmati udara yang segar dan suasana indah di pantai ini,” katanya.