Kerajaan negeri gembira dengan penyertaan sektor swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tampil membantu menaja pasukan Terengganu dan T-Team untuk beraksi dalam Liga Super musim ini.
![]() |
Dato' Seri Haji Ahmad Said menerima replika chek sebagai tanda sumbangan daripada EPIC untuk pasukan bolasepak T-Team |

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani kontrak pemain pasukan Terengganu dan T-Team di Primula Beach Hotel, malam tadi.

Pada majlis itu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada pasukan T-Team.
YB Haji Rozi berharap dengan sumbangan yang agak besar dari sektor swasta, prestasi kedua-dua pasukan akan meningkat dan ia berupaya untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala musim ini.
Pada tahun 2012 zaman bola sepak di Terengganu agak suram kerana kita tidak menang apa-apa piala. Pada tahun 2011 bola sepak kita agak ceria sedikit kerana kita menang piala,” katanya.
