Oleh: Aida Abd Rahman
Kontinjen Terengganu memulakan langkah cemerlang dalam temasya Sukan Malaysia Ke-16 Kuala Lumpur yang bermula Jumaat lalu, apabila meraih emas pertama menerusi acara Judo (Kata) lelaki, semalam.
Sumbangan emas menerusi Mohd Shahril Hafiz Abd Wahab dan Muhamad Amin Asyraaf Amir Hamzah.
Pasukan Hanelang berada di tangga ke lima Sukma ke-16 dengan kutipan 1 emas dan 3 gangsa.
Manakala tiga lagi gangsa dalam acara Judo Kata Wanita dan acara lawan pedang, masing-masing bagi kategori Sabre Lelaki serta Wanita..