Laungan ini akan membangkitkan semangat
pengundi-pengundi BN di Dun Kuala Besut menjelang pilihan raya kecil.
Semalam laungan itu telah dimulakan oleh Dato' Seri Idris Jusoh
selaku Ketua Umno Bahagian dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Kecil itu bagi
pihak Barisan Nasional disahut oleh seluruh jentera.
Slogan yang diperkenalkan malam tadi oleh jentera pilihan raya Dun Kuala Besut itu akan menjadi laungan setiap kali perjumpaan untuk meningkatkan semangat petugas petugas BN dan keyakinan hanya BN milik Kuala Besut.
Turut hadir dalam perjumpaan itu, Berndahari Umno Dato' Seri Hanazlah.
Persiapan dibuat bagi menjayakan Majlis Pengisytiharan calon BN pada Selasa ini 9 Julai di Dataran Kuala Besut kira kira jam 2 petang.
Sementara itu pada masa yang sama, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Dato’ Seri Haji Ahmad Said malam tadi mengadakan mesyuarat khas badan perhubungan Umno Negeri bagi memastikan BN terus memenangi Dun Kuala Besut dalam PRK 24 Julai nanti.
Bahagian-bahagian Umno di seluruh Terengganu digerakkan bagi sama-sama membantu jentera BN di Dun berkenaan menghadapi PRK.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu akan
memastikan BN menang cemerlang bagi mengekal kedudukan kerusi 17 – 15 di Dewan
Undangan Negeri Terengganu .
Selasa ini Dataran Kuala Besut dan sekitarnya bakal dipenuhi dengan
teriakan dan suasana GELOMBANG BIRU, KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU pada hari
pengumuman calon BN, jamuan rakyat dan pelancaran jentera pilihan raya BN oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merangkap Pengarah
Jentera PRK BN.
Melihat kepada sambutan dan respon serta ikrar janji ketua ketua
cawangan Umno dan jentera Peti Undi, BN dijangka dapat meningkatkan majoriti
kemenangan dari 2434 kepada 4000 lebih.
Semua pengundi BN dalam PRU 13 yang lalu akan dipastikan terus mengundi
BN, itu antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh cawangan cawangan Umno dan
jentera akar umbi.