“Kami baru mesyuarat tadi bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, wakil bahagian dan setiausaha bahagian Besut bagi taklimat, untuk memberi input tentang apa yang boleh kami lakukan, beritahu Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN) Tan Sri Muhyiddin Mohd.Yassin.
Beliau juga memberi nasihat kepada semua pihak supaya jangan membuat andaian apa-apa tentang kerajaan campuran dan sebagainya.
Memanglah dalam menghadapi sesuatu perkara kita perlu memikirkan tentang kejayaan dan elakkan dari memikirkan sesuatu yang sebaliknya.
“Strategi kami untuk menang kawasan itu yang juga kubu kuat BN, tidak ada soal wujudnya kerajaan campuran, tidak payah andaikan (apa akan berlaku),” katanya menjawab soalan media.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) semalam (Selasa).
TEKA TEKI CALON BN
Tentang calon, katanya terdapat tiga tiga nama disenarai untuk dipilih sebagai calon bertanding pada PRK kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
Menurut Muhyiddin ketiga-tiga mereka orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi serta berhemah.
“Kami ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama. Walaupun Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Dato’ Seri Najib Razak berada di luar negara, kami akan kemukakan nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin,” katanya.
Akhbar Sinar Harian hari ini membuat tekaan beberapa nama termasuk Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang berasal kawasan itu, Pegawai Agama yang juga di kawasan itu dan seorang jurutera.
Bagaimana pun ramai lagi calon-calon BN yang meniti di bibir penduduk Kuala Besut yang tidak disebut oleh akhbar berkenaan.
Tan Sri Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan 1, menyatakan BN membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperolehi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu. “ "Begitu juga dengan pembahagian tugas, bahagian pun usulkan kalau negeri lain hendak membantu, bahagian tetapkan setiap peti undi ada dua negeri, tidak ada masalah,” katanya.
lpost">