Oleh: Noraini Jusoh
Gambar oleh Zulkipli Putra
Konvoi Kembara Bahasa 2013 diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2013 peringkat Negeri Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia negeri, YB Rozi Mamat menyempurnakan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Bahasa 2013 Laluan Terengganu di Perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu kira-kira jam 9 pagi ini.
Sebanyak sebelas kenderaan menyertai konvoi kali ini.
Selain Konvoi Kembara Bahasa 2013, pelbagai acara menarik turut diadakan.
Antaranya pameran, Malam Bahasa Jiwa Bangsa, pementasan teater, sayembara deklamasi puisi dan menulis cerpen serta pelbagai lagi acara menarik yang lain bakal mewarnai BBK 2013 yang bertemakan ‘Cintailah Bahasa Kebangsaan Kita’.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Konvoi Kembara Bahasa 2013 diadakan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2013 peringkat Negeri Terengganu.
YB Haji Rozi Mamat melepaskan peserta Konvoi Kembara Bahasa 2013 di Perkarangan Wisma Darul Iman. |