Laporan Terus daripada Ruslan Abdul Rahman dari TATIuC:
Intel syarikat pengusaha komputer bertaraf dunia mengiktiraf negeri Terengganu satu satunya negeri yang pertama mengadakan e-Book kepada pelajar sekolah rendah, demikian diberitahu Menteri Besar Dato' Seri Haji Ahmad Said.

Katanya, pada tahun ini sebanyak RM50 juta lagi diperuntukkan untuk pemberian e-Book percuma kepada pelajar tahun 4 dan 5 di Terengganu, suatu pelaburan yang besar untuk melahirkan pelajar yang sesuai dengan zamannya.
Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian e Books untuk pelajar tahun 5 di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal, Kemaman, bertempat di TATIuC.
Seramai kira kira pelajar 600 orang tahun 5 dari 10 buah sekolah rendah dalam Dun Kijal.
Hadir sama isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Norliza Mahmud, Pengarah Pelajaran Negeri, Zakaria Hussien, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Mustaffa Khalid, Pengarah APMT Haji Roshali Taha dan para ibubapa.
Pelajar OKU, Norhazwani Ain dari Sek Keb Meraga Beris antara pelajar yang mendapat E-Book dari Menteri Besar pagi ini. |