Sambutan meriah diberikan peniaga dan pengunjung pasar minggu di Shahbandar, Kuala Terengganu kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berkunjung ke kawasan itu sebentar tadi.
Tinjauan mesra kira-kira setengah jam itu bagi mendekati lebih 200 peniaga dan penjaja sempena program turun padang oleh Perdana Menteri ke Terengganu hari ini.
Turut serta, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Adzlan Dagang.
Lebih menarik, rombongan santai Perdana Menteri disertai lebih 500 pengayuh basikal yang turut serta berkayuh bersama Dato’ Seri Mohd Najib hampir satu kilometer ke pasar berkenaan.
Beliau sebelum itu menyempurnakan pelancaran Kelab Basikal Terengganu di hadapan Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
Video Perdana Menteri Kayuh Basikal