Oleh: Mohammad Ishak
Suasana menyambut perayaan Tahun Baru Cina dikalangan masyarakat Cina negeri ini masih dirasai meskipun ia sudah seminggu berlalu
MCA Bahagian Besut hari ini menyertai program turun padang dengan mengagihkan limau mandarin kepada penduduk terutama mereka yang tinggal di sekitar di Bandar Jertih.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bersama pemimpin MCA bahagian itu menjelajah dari rumah ke rumah mengagihkan limau kepada pemilik premis di bandar itu.
Pengagihan limau oleh MCA Besut itu menjadi acara tahunan apabila ia dilakukan pada setiap tahun sama ada sebelum atau selepas menyambut perayaan berkenaan.
Konsep turun padang dan mengagihkan limau dari rumah ke rumah selain dapat menjalin hubungan penduduk dengan pemimpin parti itu ia juga berjaya memupuk semangat kerjasama antara masyarakat keturunan Cina dengan pemimpin kerajaan.