Seloka yang penuh jenaka dan sindiran dilontarkan Ketua Umno Bahagian Marang, Dato’ Yahya Khatib Mohamad ketika berucap membuka tirai majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rakyat Dun Rhu Rendang, di Padang Astaka Majis Derah Marang, di Kampung Paya, Marang, semalam (3 Februari).
Tanpa berucap panjang lima seloka yang mengandungi mesej yang cukup jelas untuk difahami itu berjaya menarik perhatian lebih 10,000 rakyat yang membanjiri program berkenaan.
Seloka berbunyi demikian:
Bantuan rakyat 1Malaysia telahpun bermula,
Ada yang dapat telahpun berbelanja,
Bagus sungguh Perdana Menteri kita,
Dia beri belaka walaupun tidak sokong kita.
Bulan kini mula gerhana,
Ikut telunjuk rakan sebaya,
Negara Kebajikan Islam ke mana,
Cita-cita tinggi nak ganti kita.
Manifesto baru direkacipta,
Putrajaya mahu ditawannya,
Cakap banyak tipu belaka,
Kawasan sendiri tidak dijaga
Cerita lama didendang semula,
Kononnya Islam pilihan dia,
Rakyat muak cakap hok tule,
Baham gaji buta kena ke dia.
Sampai di sini saya bermadah seloka,
Menyambut Perdana Menteri ke parlimen kami,
Kami berjanji terus berusaha,
Perjuangan agama bangsa dan negara.