Halaman

05 February 2012

Pemimpin Umno Marang turun padang

Oleh: Amirullah Othman

Seramai 113 pemohon BR1M yang layak dari JKKK Padang Tanjung, Bukit Payong mendapat wang masing-masing, kelmarin, sempena majlis pemberian bantuan tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Dato’ Haji Abdul Rahman Bakar; Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Encik Zaidi Muda dan Ketua Penerangan DUN Bukit Payong, EncikZaidi Ibrahim.

Dato’ Abdul Rahman dalam ucapannya menyeru kepada semua hadirin agar bersyukur kehadrat Ilahi dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas pemberian tersebut.

Beliau juga berharap agar para hadirin tidak melayan dan termakan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang yang kurang senang terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Katanya, fitnah pembangkang yang menyatakan Negara Malaysia akan bankrap, pelbagai harga barang akan dinaikkan akibat daripada bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat adalah pembohongan yang keterlaluan.

“Rakyat harus sedar nahawa pembangkang hanya tahu cakap sahaja, tetapi mereka tidak buatapa pun untuk bantu rakyat,” ujarnya.

EncikZaidi pula berkata, pengundi di kawasan DUN Bukit Payong dapat menilai siapa yang lebih banyak melakukan kebajikan sama ada Pas atau atau BN.

“Ini kerana kerajaan Barisan Nasional memberikan kebajikan kepada rakyat sejak kita dalam kandungan lagi sehingga kita tua,” katanya.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta kepada rakyat dalam Dun Bukit Payong sahaja untuk bantuan Rakyat 1 Malaysia ini.

Beliau juga berharap rakyat hendaklah berfikir semasak-masaknya jika sayangkan agama, bangsa dan negara kerana hanya BarisanNasional yang memperjuangkan hak rakyat bukannya pembangkang yang hanya pandai bercakap sahaja.