Halaman

06 August 2012

MBDM rai warga belia di majlis buka puasa

Oleh :Amirullah Othman

Dengan berbekalkan keazaman yang kuat untuk melihat golongan belia dan beliawanis tidak terpinggir, Majlis Belia Daerah Marang dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) mengadakan majlis berbuka puasa untuk warga belia Marang, semalam.

Seramai 150 pimpinan belia daripada persatuan belia MAYC dan Gerakan Belia 4B (M) dalam Parlimen Marang bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di Marang Village & Spa.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Zaidi Muda, dalam ucapannya sangat menekankan peranan belia dan beliawanis sebagai tulang belakang kerajaan bagi pembangunan negara dan negeri Terengganu khasnya.

Oleh yang demikian, warga belia dan beliawanis haruslah memainkan peranan yang tidak berbelah bagi untuk menyokong Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti supaya pelbagai kemudahan prasarana dan peruntukan disumbangkan kepada warga belia.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Shamsir Mohd Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang.

Program seumpama itu amat penting untuk mengeratkan pemimpin-pemimpin belia dalam Parlimen Marang dan memartabatkan belia Terengganu untuk duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain.