Peminat sukan layar di negara ini berpeluang merebut hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 yang disediakan kerajaan negeri sempena pertandingan `Perhentian Trail’ tidak lama lagi.
Pertandingan yang julung kali diadakan dengan kerjasama Persatuan Pelayaran Terengganu, Persatuan Pelayaran Malaysia dan T-Best Events terbuka kepada rakyat Malaysia yang memerlukan peserta merentasi Laut China Selatan dari Pulau Perhentian, Besut ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said, berkata sukan pelancongan itu bakal mencetus cabaran dan pengalaman baru khususnya kepada pelayar muda negara ketika meredah lautan melebihi lima jam dengan kelajuan angin kencang.
“Kerajaan negeri selaku penaja utama hadiah pertandingan menjangkakan pertandingan itu bakal menarik minat 500 peserta khususnya pelayar muda negara.
“Pelayar bakal melalui cabaran dan pengalaman baru merentasi lautan dari Pulau Duyong ke Pulau perhentian dengan mengggunakan kapal layar yang sama sebagaimana di kejohanan Piala Monsun iaitu F-36,” katanya di sidang media sempena mempromosikan Bulan Pelayaran Terengganu 2012, di Wisma Darul Iman, semalam (31 Oktober).
Turut hadir, Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.
Dato’ Abdul Rahin berkata pihaknya belum memuktamadkan tarikh sebenar pertandingan itu, bagaimanapun ia dijangka diadakan sebelum Mac tahun depan.
Katanya, pertandingan akan membantu memperkenalkan keindahan dan keunikan alam semula jadi pulau berkenaan dengan lebih dekat serta menyemarakkan kedatangan pelancong tempatan mahu pun luar negara ke pulau itu sempena TMT 2013.