Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Santapan Amal sempena perasmian Pusat Hemodialisis Prihatin Tengku Besar Terengganu (PHPTBT) di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, malam semalam.
Tuanku Sultan Mizan melakukan gimik perasmian Pusat Hemodialisis Prihatin Tengku Besar Terengganu sambil diperhatkan oleh Menteri Besar dan Tengku Besar Terengganu |
Keberangkatan baginda disambut, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah dan Pengerusi PPHPTBT, Dato' Dr Le Hong Bio.
PHPTBT yang bakal beroperasi di Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam tempoh terdekat itu menawarkan perkhidmatan percuma kepada penduduk kurang berkemampuan mendapatkan rawatan hemodialisis.
Pusat itu ditubuhkan di atas inisiatif Tengku Besar Terengganu kerana menyedari pusat rawatan hemodialisis yang ada sekarang tidak mencukupi bagi pesakit buah pinggang yang semakin meningkat pada setiap tahun.
PPHPTBT telah lama berhasrat untuk mengembeling tenaga, sumber, pengalaman serta kepakaran mereka untuk menyumbang bakti secara langsung kepada masyarakat miskin dan berpendapatan rendah.
Selain memberi rawatan, PPHPTBT turut mengadakan aktiviti membicarakan amalan `kehidupan sihat’ melalui promosi dan seminar sebagai usaha mencegah penyakit kegagalan buah pinggang.