Halaman
02 November 2012
1,000 petugas APMT turun padang beri khidmat
Oleh Mohammad Ishak
Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) memikul tanggungjawab besar untuk menjadi agen kepada perubahan sikap rakyat negeri ini dengan melaksanakan pelbagai program sosial dan pendidikan.
Pengarahnya,Roshali Taha berkata, APMT yang ditubuhkan sejak empat tahun lalu kini berperanan sebagai sebuah agensi kerajaan negeri yang diamanahkan untuk membina rakyat terutama dalam menyatupadukan penduduk negeri ini.
Katanya, agensi itu yang kini mempunyai 1,000 petugas sedia menjadi penghubung antara kerajaan dan rakyat dengan mempelbagaikan program dalam usaha menyedarkan orang ramai terhadap pembangunan negeri Terengganu.
Beliau berkata, selain memberi tumpuan kepada masyarakat kampung AMPT juga sering mendekati golongan lain termasuk kumpulan yang menyertai Badan Bukan Kerajaan (NGO),kakitangan kerajaan,dan swasta.
Malahnya, katanya, APMT juga kini memberi tumpuan untuk memberi penerangan dan menyampaikan maklumat kepada golongan guru mengeni usaha yang sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan.
“Ini kerana guru mampu memberi maklum balas kepada kerajaan apa yang baik dan buruk kerana mereka adalah golongan terpelajar dan berpendidikan tinggi,” katanya.
Roshali berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pemantapan Kepemimpinan ahli Persatuan
Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Negeri Terengganu di Melaka malam tadi.
Kursus tiga hari itu disertai 240 peserta yang juga ahli PPKM negeri ini dari daerah Besut,Kuala Terengganu dan Dungun. Hadir sama Pengerusi PPKM Terengganu,Datuk Syed Abu Bakar Abdullah.