Halaman
30 November 2012
Dua wakil Terengganu bentang usul pada perhimpunan hari ini.
Datuk Rosli Mat Hassan...wakil Terengganu
Oleh: Mohammad Ishak
Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung hari ini menyaksikan dua wakil Badan Perhubungan UMNO Terengganu mengambil bahagian dengan pencadang usul.
Pada awal perhimpunan pagi ini wakil Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan berucap membentangkan usul sebelum perhimpunan ditangguhkan untuk memberi laluan kepada perwakilan lelaki beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
Sebaik perhimpunan disambung semula petang nanti, wakil Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh akan mengambil giliran sebagai pencadang bagi usul ekonomi manakala wakil Wanita UMNO, Senator Norliza Rahim sebagai penyokong.
Ini akan diikuti pembahas usul ekonomi iaitu wakil Puteri, Rina Harun; wakil Johor, Datuk Baharom Mohamed; Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pemuda, Datuk Sohaimi Shahadan; wakil Wilayah Persekutuan, Rozman Isli; Sabah, Datuk Ag Buthamam Ag Mahmun; Melaka, Baharuddin Abu Bakar; Perak, Datuk Rusnah Kassim; Negeri Sembilan, Zaifulbahri Idris; Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Selangor, Datuk Ramli Norani; Pulau Pinang, Datuk Abd Jalil Abd Majid; Kedah, Datuk Suhaimi Abdullah dan Kelantan, Datuk Dali Husin.
Sementara itu, wakil Kelantan, Mohd Afandi Yusoff akan tampil sebagai pencadang usul agama dan pendidikan dan wakil Puteri, Hasrunizah Hassan sebagai penyokong.