Halaman

30 November 2012

Idris pencadang usul ekonomi di Perhimpunan Agung UMNO.



Oleh: Mohammad Ishak

Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga selaku Wakil Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil giliran sebagai pencadang bagi usul ekonomi ketika Perhimpunan Agung UMNO 2012 disambung semula selepas solat Jumaat.

Wakil Wanita UMNO, Senator Norliza Rahim pula sebagai penyokong bagi usul ekonomi. Ini akan diikuti pembahas usul ekonomi iaitu wakil Puteri, Rina Harun; wakil Johor, Datuk Baharom Mohamed; Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Pemuda, Datuk Sohaimi Shahadan; wakil Wilayah Persekutuan, Rozman Isli; Sabah, Datuk Ag Buthamam Ag Mahmun; Melaka, Baharuddin Abu Bakar; Perak, Datuk Rusnah Kassim; Negeri Sembilan, Zaifulbahri Idris; Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Selangor, Datuk Ramli Norani; Pulau Pinang, Datuk Abd Jalil Abd Majid; Kedah, Datuk Suhaimi Abdullah dan Kelantan, Datuk Dali Husin. 

Manakaala, wakil Kelantan, Mohd Afandi Yusoff akan tampil sebagai pencadang usul agama dan pendidikan dan wakil Puteri, Hasrunizah Hassan sebagai penyokong.

Sementara itu, Perhimpunan Agung UMNO 2012 ditangguhkan pada jam 8.30 pagi esok selepas perbahasan usul ekonomi selesai di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.

Pembahas terakhir usul berkenaan ialah wakil Selangor, Datuk Ramli Norani. Sehubungan itu, wakil Kelantan, Mohd Afandi Yusoff akan menjadi pencadang bagi usul agama dan pendidikan manakala wakil Puteri, Hasrunizah Hassan sebagai penyokong.

Sementara itu, sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2012 oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden dijangka bermula jam 2 petang esok.