Halaman

30 November 2012

Generasi muda perlu didedah dengan aktiviti kemasyarakatan

Oleh; Esah Abdullah

Generasi muda hari ini perlu diberi pendedahan dalam program berbentuk kemasyarakatan untuk memberi penghayatan dan pengalaman menyesuaikan diri dalam masyarakat sebaik tamat belajar.

 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama negeri, YB Haji Khazan Che Mat berkata, dalam mengejar arus kemodenan dan mencapai transformasi di dalam kehidupan janganlah pandang sebelah mata komuniti yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Perana pelajar amat penting dalam menggunakan ilmu yang ada untuk menjadi ejen enyampai kepada komuniti yang tinggal di kawasan luar bandar,” katanya ketika merasmikan penutup Program Titian Kasih Politeknik D’Desa di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit.

Pada program berkenaan tiga politeknik bergabung menjayakan aktiviti berkenaan iaitu Politeknik Kuala Terengganu (PKT), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) Kuantan, Pahang dan Politeknik Ungku Omar (PUO) yang julung kali bergabung menganjurkan aktiviti bersama.

Dalam program yang melibatkan tiga kolaborasi itu menyaksikan 117 pelajar terdiri dari pembimbing rakan sebaya ditempatkan bersama 40 buah keluarga angkat masing-masing.

Sementara itu Pengarah PKT, Puan Radiah Che Su berterima kasih kepada pelajar dan penduduk kampung yang memberi kerjasama sepanjang tiga hari program berlangsung.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti sukaneka, gotong royong bersih kawasan masjid dan sekitar kampung, motivasi kepada ibu bapa dan pelajar yang meninggal kesan sangat mendalam.