Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyempurnakan majlis pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu, di kawasan Mardi, Serdang, petang ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menandatangani plat batik canting sebagai gimik pra-pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013 di Rumah Terengganu |
Menteri Besar berharap pengunjung Maha 2012 diberi pendedahan yang meluas mengenai destinasi pelancongan, termasuk Tasik Kenyir, bagi menarik minat mereka melancong ke negeri ini.
“Kita mempunyai banyak destinasi pelancongan termasuk pantai dan pulau-pulau yang cantik, kuih-muih tradisional yang enak dan kraftangan yang unik.
“Terengganu juga mempunyai tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara yang kini dibangunkan sebagai detinasi pelancongan yang menarik,” katanya ketika berucap merasmikan majlis berkenaan.
Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Dato Abd Rahin Said, Dato’ Toh Chiin Yaw dan YB Haji Asha’ari Idris.
Menteri Besar berharap pelbagai usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi memajukan bidang pelancongan akan menarik lebih ramai pelancong ke Terengganu, terutama pada tahun depan.
“Kita akan menyediakan prasarana yang lebih baik bagi memudahkan pelancong dataing ke negeri ini, termasuk menyediakan jalan empat lorong dari sebelah selatan (Kemaman) menuju ke pusat Bandar Kuala Terengganu,” tambahnya.