Halaman
30 November 2012
Perwakilan terharu doa Pergerakan Wanita UMNO
Perwakilan Wanita UMNO menadah doa
Laporan: Mohammad Ishak
Berlainan dengan cara orang Pas berdoa, Pergerakan Wanita UMNO menunjukkan sikap matang dan profesional apabila melafazkan doa pada perhimpunan berkenaan menyebabkan semua hadirin merasakan terharu dan ada yang menitiskan air mata.
Keberkesanan doa yang dibacakan oleh Pengerusi Biro Agama Pergerakan Wanita UMNO,Datin Mesrah Selamat yang dijemput untuk membaca doa pada majlis perasmian itu membuktikan orang UMNO memang beretika dan matang dalam memperjuangkan Islam.
Jika ulama Pas mendoakan kehancuran kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), Wanita UMNO sebaliknya mendoakan kedua pemimpin dan parti Melayu dan Islam itu supaya membuka pintu hati pemimpin dan penyokong Pas untuk tidak meneruskan dendam terhadap UMNO.
Begitulah tertib dan beradabnya orang UMNO walaupun parti itu tidak meleberkan sebuah parti yang memperjuangkan Islam tetapi masih mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
Bagaimanapun, perkara itu tidak terjadi kepada penyokong termasuk ulama Pas yang sentiasa menaruh sikap benci dan dendam terhadap pemimpin dan ahli UMNO kerana mereka tahu parti UMNO sebuah parti terbesar orang Melayu dan paling berpengaruh.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Besut, Engku Naimah Engku Taib berkata, beliau sedih dan hiba apabila mendengar doa yang dibacakan oleh Mesrah yang mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam.
Katanya, hampir semua perwakilan kelihatan sayu dan hiba apabila doa berkenaan dibacakan dengan penuh semangat dan khusuk malah ada yang menitiskan air mata.
“Inilah bezanya perjuangan UMNO dan PAS apabila UMNO tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya ketika mengulas doa yang dibacakan oleh Mesrah pada perhimpunan parti berkenaan di PWTC.