Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said bersama Dato' Mohd Jidin Shafiee dan Datuk Ahmad A. Talib bersama pemenang BOTR 2013 selepas majlis penyampaian hadiah di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir. |
Oleh: Kamarudin Mat Akib
Gambar oleh Zulkipli Putra
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan memancing Boat On The Road anjuran Media Prima dengan kerjasama Kerajaan Terengganu, di Tasik Kenyir, yang berakhir petang ini.
Bagi kategori Bekumpulan Casting, Kumpulan Alucast 4 muncul johan dan menggondol hadiah wang tunai RM15,000 dan pelbagai hadiah sampingan yang disediakan pihak penaja.
Tempat kedua telah dimenangi Kumpulan Alucast 4 yang meraih wang tunai RM10,000 dan hadiah sampingan. Manakala tempat ketiga kategori berkenaan dimenangi Kumpulan Pacat 4 yang meraih wang tunai RM5,000 serta hadiah-hadiah iringan.
Bagi ketagori individu, Chua Mon Toi yang berjaya menaikkan toman seberat 5.7 kilogram dan baung 1.7 kilogram telah dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang wang tunai RM8,000 serta pelbagai hadiah iringan.
Tempat kedua kategori itu dimenangi Hamzah Kassim yang meraih wang tunai RM5,000 manakala tempat ketiga Azaidi Ali (RM3,000).
Turut hadir, Pengerusi Jawatankasa Pelancongan, Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee; Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd Datuk Ahmad A. Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani.