Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi lebih bererti kepada 100 anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal dan Seberang Takir apabila mereka diberi peluang memilih pakaian baru, di Pasaraya Giant, Gong Badak, kelmarin.

Keseronokan mereka bertambah apabila turut diraikan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Adun Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.


“Program ini sudah menjadi rutin tahunan sebagai satu usaha dan juga komitmen pemimpin di kawasan ini membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.
“Tiada yang lebih menggembirakan kita apabila dapat melihat mereka tersenyum gembira ketika memilih pakaian mengikut citarasa masing-masing untuk digayakan sempena hari raya nanti,” katanya.
