Kalau sebelum ini, penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd.Noor Mat, 48, bersendiri menyatakan untuk merealisasikan hasratnya berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur/Putrajaya berikutan kemenangan cemerlang BN dalam Pilihan Kecil (PRK) Kuala Besut, kini hasratnya itu mendapat sokongan dan dokongan dari Menteri Besar , Dato’ Seri Haji Ahmad Said.
Dato’ Seri Haji Ahmad yang juga Pengerusi BN Negeri, bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai tanda persetujuan dan sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, berhasrat meneruskan untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar semalam, 28 Julai bersetuju Walk For BN direalisasikan sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.
Dalam keadaan yang penuh teka-teki, ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas. Mohd Noor yang juga seorang kakitangan rendah kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia. Menurut Menteri Besar, ia bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Pengarang Teganukita.
Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya.
Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut. Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak untuk menyambut Walk For BN dari Kuala Besut itu oleh penyokong BN ,Mohd Noor dan deligasi.
Terengganu Today akan menjadi portal utama untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.Oleh: Ruslan Abdul Rahman