"Kita mahu semua pihak supaya ikut peraturan yang ditetapkan dan patuh kepada semua arahan pihak keselamatan. Kita mahu PRK ini berjalan lancar hinggalah selepas pengumuman calon mana yang menang." |
Jentera Barisan Nasional (BN) terus gigih dan bersemangat tinggi menunaikan tanggungjawab mereka pada hari terakhir proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, pagi ini.
Tinjauan Teganukita di sekitar pusat pengundian sejak awal pagi ini mendapati petugas BN yang terdiri daripada mereka yang bertugas di tempat penyemakan pengundi bersiap sedia menunaikan tugas mereka manakala kenderaan khas membawa pengundi turut berulang-alik mengangkut mereka.
Perayu-perayu undi juga mengambil tempat mereka di kawasan yang dibenarkan saja bagi mengingatkan pengundi supaya memilih calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.
Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN, Dato’ Seri Idris Jusoh, ketika ditemui pagi ini berkata, pihaknya telah mengatur gerak kerja yang rapi sepanjang hari ini yang merupakan kemuncak PRK kali ini.
Secara keseluruhan katanya, pihaknya puas hati dengan perjalanan pilihan raya yang berjalan lancar dan berada dalam kawalan pihak berkenaan.
Beliau berharap kedua-dua pihak yang bertanding pada PRK ini menjaga tata tertib dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian poses demokrasi yang diamalkan di negara ini.
“Kita mahu semua pihak supaya ikut peraturan yang ditetapkan dan patuh kepada semua arahan pihak keselamatan. Kita mahu PRK ini berjalan lancar hinggalah selepas pengumuman calon mana yang menang,” katanya.