Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut kali ini adalah PRK yang paling aman, Roslan Rahman melaporkan dari Kuala Besut.
Sehingga ini katanya, hanya terdapat empat laporan polis yang diterima oleh pihak berkuasa polis iaitu berkaitan bakar bendera dan lain-lain yang membabitkan perkara kecil sahaja.
“Bendera yang dibakar itu membabitkan bendera kedua-dua belah pihak, menunjukkan bukan disebabkan perbalahan dua pihak,” katanya.
Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid bersyukur kerana PRK yang aman ini dan mengucapkan terima kasih kepada kedua belah pihak penyokong BN dan Pas yang mewujudkan suasana aman itu.
Bercakap kepada penulis malam ini, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang PRK Kuala Besut ini.
Menteri Dalam Negeri itu memberitahu akan ke Hospital Kubang Krian bagi melawat anggota polis yang cedera putus kaki semasa bertugas di PRK Kuala Besut baru-baru ini.