Bersedia...beberapa anggota JPAM Setiu sedia hadapi banjir. |
BANDAR PERMAISURI: Ada segelintir mangsa banjir di daerah ini lebih mementingkan harta benda daripada nyawa apabila mereka sanggup tunggu sehingga air naik ke paras bahaya untuk menyelamatkan barangan mereka tanpa menghiraukan keselamatan diri.
Azwan..buat persediaan awal. |
“Dalam usaha memintakan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat, pihak kami mendapati ada segelintir mangsa banjir yang tidak membuat persiapan awal.
“Ini dapat dilihat apabila kami terpaksa menunggu mereka dalam masa yang agak lama untuk berpindah kerana mereka ini mahu mengambil barang-barang berharga terlebih dahulu sebelum berpindah sedangkan air sedang naik begitu cepat ketika itu.
“Mereka ini lebih sayangkan harta dari nyawa sendiri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya mereka membuat persediaan lebih awal” kata Azwan.
Sehubungan itu, Azwan meminta kerjasama orang ramai supaya membuat persiapan awal pada musim tengkujuh ini dan bukannya menyimpan barang-barang berharga apabila hanya selepas air melimpahi kawasan rumah mereka.
Dalam pada itu, seramai enam anggota tetap JPAM Setiu dan kira-kira 50 anggota sukarela sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim banjir tahun ini.
“Empat buah bot dan beberapa kenderaan disediakan pihak JPAM untuk kerja-kerja menyelamat musim banjir tahun ini. Semua anggota kami termasuk anggota sukarela sudah diberi latihan awal untuk menghadapi musim banjir.
“Kami akan sentiasa berhubung dengan Bilik Gerakan Banjir Daerah dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bagi mempastikan pasukan kami akan tiba ditempat yang memerlukan bantuan dengan segera,” katanya.
Pejabat JPAM Setiu di Kampung Guntung. |
Bincang..tiga anggota JPAM sedang berbincang sesuatu. |