Halaman

23 November 2013

JPNIN Terengganu rancang 10 keluarga satu peronda SRS


Sebahagian peserta yang mengikuti seminar keselamatan peringkat daerah Besut

Oleh: Mohammad Ishak 

Jabatan Perpaduan Negera dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu merancang memperkenalkan kaedah menjaga keselamatan komuniti menerusi kaedah sepuluh keluarga dan mempunyai seorang anggota peronda dari Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang diwujudkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) setempat.

Pengarahnya,Burhanuddin Daud berkata, kaedah itu sudah diperkenalkan di beberapa kawasan SRS terpilih dan ia amat berkesaan untuk kesejahteraan komuniti.

Katanya, hasil kajian jabatan juga mendapati kira-kira 96 peratus tahap rasa keselamatan kini dirasai oleh penduduk di negeri Terengganu berikutan adanya SRS yang melakukan tugas rondaan di kawasan masing-masing.

Menurutnya, ketika ini sebanyak 345 SRS sudah ditubuhkan oleh KRT seluruh negeri untuk membantu kes jenayah diperingkat akar umbi.

“Peronda SRS juga dilindungai insuran berkelompok selain mendapat manfaat lain ketika mereka bertugas,” katanya ketika merasmikan penutup Seminar Keselamatan Kejiranan Peringkat Daerah Besut di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Besut,Kampung Raja hari ini.

Seramai 200 peserta mewakili SRS dan pemimpin KRT seluruh daerah Besut menyertai seminar sehari anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Besut.


Sempena majlis berkenaan beliau turut menyampaikan alat perhubungan Walkie Talkie kepada enam SRS yang baru ditubuhkan di daerah itu.

No comments: