Kerajaan negeri menyusun pelbagai pendekatan sebagai usaha memastikan kedatangan pelancong ke Terengganu tidak terjejas pada musim tengkujuh.
Ketua Pegawai Eksekutif Tahun Melawat Terengganu 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata pihaknya berusaha melaksanakan aktiviti serta program yang mampu memikat kehadiran pelawat tempatan dan luar negara ketika monsun bermula September hingga Mac melanda negeri-negeri Pantai Timur, termasuk Terengganu.
Antara program yang dilaksanakan termasuk penganjuran pelbagai aktiviti program bertaraf dunia seperti International Islamic Art Festival, di Taman Tamadun Islam (TTI)(15 -17 November); Kejohanan Piala Monsun 2013 (25-30 Disember) dan Terengganu IInternational Rainforest Challenge (RFC)2014 (30 November – 9 Disember).
Selain itu, Seminar Antarabangsa Ekopelancongan dan Marin Pelancongan Terengganu, Hotel Primula Beach Resort (18-19 November) dan Kejohanan Hoki Kebangsaan (18 hingga 27 November).
“RFC merupakan acara terbesar antarabangsa menghimpunkan peserta lebih dari 30 buah negara yang bakal berdepan penjelajahan yang mencabar.
“Kejohanan Piala Monsun yang menjadi sukan pelayaran berprestij dunia itu pula bakal menobatkan juara `world match racing tour’ yang akan berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang pastinya akan menggamit kebanjiran pelancong ke Kuala Terengganu,” katanya.
Encik Ahmad Fathil berkata, pelancong yang berkunjung ke Terengganu bukan sahaja disajikan dengan pellbagai program pelancongan, malah boleh melawat destinasi dan produk pelancongan yang menarik seperti TTI, Muzium Negeri, Pasar Besar Kedai Payang, Tasik Kenyir, Pulau Warisan dan sebagainya.
“Malah, jika pada musim tengkujuh kesemua pulau ditutup, destinasi pelancongan lain seperti Rantau Abang, Tasik Kenyir, Setiu Wetland, pusat kraftangan dan pelbagai destinasi menarik di negeri ini masih boleh dilawati.
“Kita juga turut memperkenal dan membawa media cetak, elektronik serta blogger ke Terengganu untuk melawat produk pelancongan negeri sempena musim hujan ini” katanya.