Tenang...seorang kanak-kanak ditenteramkan oleh ibunya sambil diperhati Bazlan (kanan) |
Gambar Ehsan: Mazlan Mustaffa (Pejabat Dun Batu Rakit).
PULAU REDANG: Beberapa dari 11 kanak-kanak dari Kampung Baru, di sini rasa agak 'gementar' ketika mahu berkhatan dalam satu majlis khatan beramai-ramai yang diadakan di Klinik Kesihatan Pulau Redang, hari ini.
Bagaimanapun, perasaan gementar kanak-kanak itu hilang apabila selesai acara makan pulut kuning selain ditenteramkan oleh dua orang doktor, kakitangan yang bertugas serta ibubapa masing-masing.
Bazlan menyuap pulut kuning. |
"Saya ucap terima kasih kepada Komuniti 1Malaysia dan Jabatan Penerangan kerana menganjurkan program ini. Semoga usaha ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk kebaikan penduduk Pulau Redang.
"Terima kasih juga kepada semua yang terlibat termasuklah kakitangan Klinik Kesihatan Pulau Redang dan penduduk semua," katanya
Tunggu giliran..kanak-kanak bersedia untuk dikhatankan. |
Kenangan...kanak-kanak,petugas dan ibubapa bergambar kenangan bersama Bazlan |
.