Oleh: Kamarudin Mat Akib
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan Terengganu akan membina jalan empat lorong dari Kemaman hingga Kuala Terengganu bagi keselesaan pengguna dan sebagai sebahagian usaha mengurangkan kesesakan dan kemalangan jalan raya.
Buat permulaan, jalan empat lorong dari Kuantan hingga Kerteh sedang dalam pembinaan dan ia dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga tahun.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jalan dan laluan yang lebih selesa ini merupakan komitmen Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu ke arah menyediakan prasarana yang lebih baik kepada penduduk negeri ini.
“Kerajaan telah menyerahkan beberapa pakej pembinaan jalan empat lorong dari Bandar Cukai ke Kerteh kepada kontraktor berkenaan dan pelaksanaannya sedang berjalan, ” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-10 Dewan Perhimpunan Tiong Hua Kemaman dan Pesta Tanglung 2012 di Dewan Dato’ Seri Amar, Cukai, malam tadi.
Hadir sama pada majlis itu, isteri beliau, To’ Puan Seri Norilza Mahmud dan pemimpin dari masyarakat Cina.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, beberapa pakej projek pembinaan jalan empat lorong dari Kerteh ke Kuala Terengganu akan diserahkan kepada kontraktor secara berperingkat-peringkat.
“Pada akhirnya kerajaan mahu jalan raya dari Cukai ke Kuala Terengganu, semuanya menjadi empat lorong bagi keselesaan pengguna,” katanya.
Beliau berkata, banyak lagi projek prasarana dan projek lain yang boleh membantu menambah peluang pekerjaan dilaksanakan di negeri ini, khususnya di daerah Kemaman.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Dato' Seri Haji Ahmad Said memalu gendang cina gimik perasmian Sambutan Ulangtahun Ke-10 Dewan Perhimpunan Tiong Hua Kemaman dan Pesta Tanglung 2012 di Dewan Dato’ Seri Amar, Cukai, malam tadi.