KEPERIHATINAN Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said terhadap rakyat tidak perlu dipertikaikan lagi. Walaupun sibuk dengan jadual harian sebagai Menteri Besar tetapi beliau tetap meluangkan masa melawat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran rumah teres di Kampung Wakaf Tengah. Kuala Terengganu hari ini (9 September). Dalam kejadian tengah hari semalam, tiga rumah teres hangus manakala dua lagi berjaya diselamatkan anggota bomba dengan bantuan orang ramai.
Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA
Gambar-gambar oleh ZULKIPLI PUTRA
Dato' Seri Haji Ahmad Said ditemani Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan YB Ustaz Ramli Nuh meninjau tempat kejadian rumah teres terbakar di Kampung Wakaf Tengah, petang tadi.
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa rumah teres yang terbabit dalam kebakaran bagi mencari punca kebakaran.
Berbincang bagaimana untuk menyelesaikan segera masalah rakyat, mangsa kebakaran rumah teres di Wakaf Tengah.
Walaupun kurang berupaya namun seorang penduduk menunjukkan sikap prihatin beliau melintasi tempat kejadian untuk melihat lebih dekat kejadian kebakaran rumah jirannya.
Beginilah rumah teres yang hangus selepas terbabit dalam kebakaran.