Pelayar negara, dari pasukan Koo Racing Team gagal memungut sebarang mata pada peringkat awal. |
Morvan dan Canfield masing-masing mengumpul dua mata untuk berkongsi kedudukan selaku pendahulu kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah RM1.5 juta.
Pertandingan awal saingan itu menyaksikan bekas juara dunia, datul Peter Gilmore (Yanmar Racing), Johnie Berntsson (Berntsson Racing Team) serta pendatang baru, David Gilmore (Team Giilmore) berkongsi satu mata.
Pelayar negara, Jeremy Koo dari pasukan Koo Racing Team bermula dengan baik, tetapi gagal memungut sebarang mata. Pelayar lain juga gagal mendapat mata iaitu Bjorn Hansen dari Sweden yang menyertai Mekonomen Sailing Team.
Pertandingan hari ini yang merupakan hari kedua kejohanan tersebut dijangka semakin sengit dengan pasukan-pasukan yang bertanding akan bertungkus lumus bagi memastikan mereka mendapat mata yang tinggi bagi mengatasi saingan pihak lawan.
