Penyokong tegar Pas di Hulu Besut telah meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana menyedari Pas semakin terpesong setelah berpakat dengan kafir harbi DAP.
Dulu mereka menyokong Pas kerana Pas itu Islam, tetapi sekarang sudah jelas bahawa Islam bukan lagi menjadi perjuangan Pas, malah Islam dipinggirkan dan imej Islam dirosakkan setelah tunduk kepada DAP.
Malam tadi, 19 Mac 2013, seramai 30 orang penyokong tergar Pas di Kg Cegar Batang, Jalan Pasir Akar Hulu Besut yang menyertai Umno malam tadi 19 Mac 2013. Adun BN Hulu Besut, YB Nawi telah menerima borang keahlian 30 penyokong Pas tegar dari kampung itu dalam satu majlis di rumah salah seorang yang terlibat dinelai sebagai Pak Da Soh (Jusoh bin Yaakob) dan isterinya Saadiah.
Timbalan ketua Umno Bahagian, YB Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun BN Hulu Besut telah menerima boring-borang menyertai Umno dari penyokong tegar Pas di kampong itu.
YB Nawi dalam ucapannya menyifatkan kemasukan penyokong Pas tegar itu ke dalam Umno menunjukkan ramai di kalangan orang-orang Pas sudah melihat perjuangan Pas sudah terpesong kerana berpakat dengan Dap dan PKR.
Beliau berkata, ramai lagi penyokong Pas datang menemuinya untuk menyertai Umno dan majlis akan diatur di rumah penyokong itu sendiri.
Sementara itu, penceramah dari ulamak pondok Kelantan, Ustaz Samsul Al Hafiz menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat sudah banyak memesongkan ajaran Islam yang sebenar.
Ini termasuklah dalam isu kalimah Allah, di mana Nik Aziz adalah di antara yang bersetuju supaya kalimah itu digunakan dalam kitab Kristian dan semua rakyat Kelantan mengetahuinya.
“Kononnya persetujuan itu atas dasar dakwah,tetapi setelah keadaan terdesak beliau membuat pusingan U ,” ujarnya.
Beliau juga menyifatkan Nik Aziz telah menghina Rasulullah s.aw kerana menyamakan dengan Mat Mat di kampung-kampung sedangkan semua orang tahu Nabi Muhammad itu maksum sejak awal lagi.
Beliau menyifatkankan, tahaluf siasi atau pakatan politik Pas dan Dap telah menyebabkan Pas tunduk kepada Dap termasuk dalam soal-soal keagamaan dan merosakkan masa depan Islam di negara ini.