Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra
Seramai 1,200 pelajar baru akan mendaftar di Kolej Universiti Tati (Tatiuc) pada tahun ini sejajar dengan keupayaan penempatan di kolej univesti itu dengan siapnya empat blok asrama baru yang mampu menampung 1,000 pelajar pada satu-satu masa.
Daripada jumlah itu, 800 pelajar akan mendaftar masuk pada 30 Jun, manakala selebihnya pada September ini yang merangkumi program diploma, Program Asas Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas, Encik Ghazali Taib (gambar kanan), berkata Tatiuc juga terus melaksanakan jalinan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi luar negara khususnya dalam memperkasakan bidang akademik, kemahiran dan penyelidikan bagi merealisasikan hasrat sebagai universiti penuh menjelang 2016.
“Jalinan kerjasama dengan pihak industri juga terus diperkukuhkan menerusi memorandum persefahaman (Mou) dan perjanjian (MoA ) kerjasama yang membolehkan perkongsian kepakaran dan kemudahan teknologi.
“Kerjasama ini adalah komitmen antara Tatiuc dengan industri dalam menyokong aspirasi kerajaan terhadap modal insan terutama dalam menangani masalah kekurangan tenaga mahir di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan MoA antara Tatiuc dengan Institut Teknologi Shougang (SGIT), China, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut menyaksikan Moa itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.
Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail; Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC, Encik Bazlan Abd Rahman, Rektor Tatiuc, Dr Zunaidi Ibrahim; Timbalan Rektor (Hal Ehwal Korporat dan Jaringan Industri Tatiuc, Dato’ Zulkifli Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastern Steel Sdn Bhd, Mr Iu Zongyu.
Encik Ghazali berkata, jalinan kerjasama itu merupakan satu pengiktirafan antarabangsa dan langkah penting bagi membantu Tatiuc mempromosikan program akademik dan kepakaran pusat kemahiran itu kepada dunia luar, sekaligus dapat menarik minat pelajar asing melanjutkan pelajaran di situ.
Katanya, ia juga selaras dengan hasrat bagi membangunkan Tatiuc di bidang teknologi kejuruteraan kimia, teknologi pembuatan, robotik dan komputer selain mempelbagaikan bidang penyelidikan serta inovasi.