Oleh: Kamarudin Mat Akib
Gambar oleh Zulkipli Putra
Terengganu hanya akan terjawab pada 16 Jun ini apabila mesyuarat pertama Penggal Pertam DUN Terengganu Ketiga Belas akan diadakan di DUN Terengganu, Wisma Darul Iman.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Teka-teki siapa yang akan dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN)
Azhar Jusoh |
Sehingga ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai pelantikan jawatan tersebut daripada pihak kerajaan negeri.
Setiausaha DUN, Haji Azhar Jusoh, ketika dihubungi Teganukita hari ini memberitahu pihaknya masih belum dimaklumkan sebarang nama bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
Sebelum ini, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai speaker DUN Terengganu selepas Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-12, tetapi beliau meletakkan jawatan untuk bertanding di kerusi DUN Kuala Berang pada PRU13 dan menang.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).
Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Yang Dipertua DUN dan Majlis Angkat Sumpah Ahli DUN yang dijadualkan bermula jam 9.30 pagi pada hari berkenaan.
Pada hari kedua, akan berlangsung pula Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN ke-13. Beliau berkata, pada hari ketiga dan keempat sidang DUN akan diadakan bermula jam 9.30 pagi.
Bagi DUN penggal ini, Barisan Nasional (BN) mempunyai 17 ahli DUN manakala pembangkang 15 ahli.