Lebih 100,000 masyarakat tempatan dan luar Terengganu dijangka mengunjungi Pameran Haiwan Berbisa 2013 bertempat di Kompleks Muzium Negeri Terengganu, Losong, Kuala Terengganu.
Pameran anjuran Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), berlangsung selama 3 bulan dan berakhir 31 Disember itu mempamerkan pelbagai aktiviti sampingan.
Antaranya, termasuk pertunjukan ular berbisa, laman bersama ular dan tayangan video berkaitan habitat spesies itu.
Penolong Kurator Perhubungan & Pemasaran LMNT, Encik Mohd Saberi Muda, berkata pihaknya yakin, sasaran lebih 100,000 pengunjung dapat dicapai berikutan penganjuran pertama kali pada 2010 mampu menerima hampir 100,000 pengunjung.
Katanya, pameran itu sejajar dengan kehendak kerajaan yang mahukan seramai yang mungkin pelancong datang ke negeri sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
“Pameran ular yang dipaparkan itu tidak membosankan pengunjung kerana pelbagai jenis ular berbisa dan jarang dilihat dari luar negara akan dipertontonkan.
“Orang ramai pasti belum pernah melihat ular orok-orok , cameroon pit viper, equatorial spitting cobra, suphan spitting cobra, big eye viper dan sebagainya. Semua itu akan dipertontonkan,” katanya.
Katanya, tidak ketinggalan juga, spesies ular tempatan, termasuk ular sawa, ular tedung selar dan ular kapak api.
“Terdapat juga bahan pameran berkaitan pelbagai jenis kehidupan laut, kala jengking, labah-labah dan serangga berbisa, “ katanya.