Gembira..murid SMK Calok Model Khas menunjukan slip keputusan masing-masing. |
BANDAR PERMAISURI: Penumpuan terhadap pelajaran bermula sejak awal tahun secara konsisten serta tiga kali khatam Quran adalah antara resepi kejayaan tujuh daripada 10 murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chalok Model Khas mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan hari ini.(14.11.2013)
Che Dayang..pengetua SMK Chalok. |
"Alhamdulillah, pada tahun ini kita dapati kejayaan pada begitu membanggakan dan saya rasa bersyukur kerana usaha yang kita lakukan ialah bermula pelajar ini di tahun empat lagi.
"Mereka semua tinggal di asrama jadi kelas tambahan dan juga kem-kem kita laksanakan secara berterusan.
"Semua pelajar khatam Al-Quran dan setiap pelajar sekurang-kurangnya tiga kali khatam Quran, mereka juga mahir Bahasa Arab dan Inggeris.
"Saya ucapkan terima kasih kepada semua guru terutamanya guru model khas, pegawai-pegawai dari PPD Setiu dan juga JPNT kerana memberi kerjasama kepada sekolah," katanya.
Tinjauan Teganukita di sekolah itu mendapati, rata-rata murid begitu gembira dengan kejayaan masing-masing dan mengharapkan akan dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh pada tahun depan.
Wan Farhani bersama bapanya. |
"Saya tinggal di asrama, setiap malam kami kena 'study'. Saya mula belajar sejak awal tahun dan belajar ikut 'mood' tetapi apabila sampai bulan 4 barulah saya bersungguh-sungguh. Kalau boleh saya mahu sambung belajar ke Kolej Tengku Khursiah." katanya.
Seorang lagi yang mendapat 5A, Mohd Syakir Irfan Idris, berkata dia mula bersungguh-sungguh belajar bermula bulan Mac dan belajar dua jam setiap hari.
"Saya mula 'study' bermula pukul 7.30 malam sehingga 9.30 malam. Pada saat akhir saya belajar lebih sikit dan kejayaan ini begitu membanggakan saya kerana saya memang mengharapkan keputusan 5A ini," katanya yang dipelihara datuknya, Idris Dollah sejak kecil itu.
Amni Husna Abdul Halim pula yang sudah menjangka memperolehi 5A, mula mentelaah pelajaran sejak awal tahun juga dan dia mula memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran dua bulan sebelum peperiksaan.
"Kedua ibubapa banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya selain guru-guru," kata anak kepada pasangan Abdul Halim Daud, 59 dan Maznaj Hasbullah, 47 yang berasal dari Kampung Banggol itu.
Mohd Syakir gembira bersama datuk dan neneknya. |
Amni bergambar bersama kedua ibubapanya. |
Che Dayang menyampai slip keputusan kepada Nurul Noratikah Mohd Roslan bersama dua pegawai dari PPD. |
Kenangan..murid bergambar kenangan bersama guru. |