|
Meriah...orang ramai menunggu dapatkan wang ehsan. |
Teks dan gambar: Aminudin Ismail.
BANDAR PERMAISURI: Seramai kira-kira 1,500 penduduk dari 16 buah kampung di zon pantai Dun Permaisuri menerima wang ehsan sebanyak RM300 tiap seorang di Dewan Serbaguna MDS, Sungai Tarom, di sini, pagi tadi.
Tinjauan Teganukita di pusat pembahagian wang ehsan itu mendapati orang ramai mula datang ke dewan itu sejak jam 8.30 pagi lagi dan jumlah itu bertambah sehingalah jam 10 pagi majlis dimulakan selepas kehadiran Ahli Dewan Undangan (Adun) Permaisuri, Dato’ Mohd Jidin Shafee.
Majlis yang sepatutnya diadakan di Pusat Pemunggahan Ikan LKIM, Kampung Penarik itu terpaksa dipindah ke Dewan Serbaguna, Sungai Tarom berikutan keadaan cuaca yang kurang baik kerana hujan sejak semalam.
|
Mohd Jidin,.terus sokong BN |
Dalam ucapannya , Mohd Jidin mahu penduduk Daerah Setiu terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN)supaya segala bentuk bantuan akan dapat diteruskan kerana kerajaan sememangnya sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang layak menerimanya.
“Sekarang kita dapat dana raya, lepas ini bantuan untuk anak-anak sekolah pula. Kemudian kita pula akan dapat BR1M. Semua ini menunjukan kerajaan BN sentiasa membantu rakyat yang memerlukan bantuan bagi meringankan bebanan mereka .” katanya.
Barikut ialah gambar-gambar sekitar Majlis Pembahagian Wang Ehsan Dun Permaisuri:
|
Dengar..sebahagian penerima mendengar ucapan Mohd Jidin. |
|
Bersedia...petugas bersedia untuk menjalankan tugas. |
|
Semak...petugas sedang menyemak nama penerima. |
|
Teliti...Mohd Jidin sedang melihat maklumat penerima. |
|
Gembira..seorang penerima (kanan) gembira terima wang ehsan. |
|
Zahari Mat Husin...terima kasih kerajaan BN. |
|
Wan Fadli Azizi...bersyukur. |
|
Tiba...Mohd Jidin disambut Penghulu Mukim Tasik, Johari Mohd. |