Kelab Taekwando Teguh Terengganu (KTTT) yang mewakili Terenggganu meletakkan sasaran lima pasukan terbaik pada Kejohanan Taekwando Antarabangsa edisi ke 3, Universiti Sains Malaysia (USM) yang bermula hari ini sehingga 16 November.
Kejohanan selama tiga hari itu berlangsung di Dewan USM, Kubang Kerian, Kelantan dan menyaksikan 60 atlet KTTT berentap dalam tiga kategori utama melibatkan lelaki dan wanita.
Ketua jurulatihnya, Mohd Salihin Abdullah, berkata pada kejohanan kali ini, pasukannya yang sudah bersedia meraihkan kedudukan terbaik melalui latihan intensif yang dijalankan sejak awal bulan lalu.
Katanya berdasarkan prestasi atlet sepanjang tahun ini, beliau yakin pasukan taekwando KTTT bakal memberi kejutan, seterusnya berada di kedudukan lima terbaik pada kejohanan itu.
“Kita akan beri saningan dalam tiga acara utama iaitu kategori umur 7 hingga 9 tahun, 10 hingga 13 tahun dan 14 hingga 17 tahun bagi lelaki dan wanita.
“Pihak kami mempertaruhkan atlet yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Taekwondo Sekolah-sekolah Malaysia edisi ke 2, baru –baru ini dan mengharapkan mereka mampu mengulangi kejohanan pada kali ini,” katanya.