Halaman

10 January 2014

Sekitar dua YB kunjungi pesakit di Dun Batu Rakit.

Bazlan bersama Zulkifly mendengar sesuatu dari seorang pesakit di Kampung Mengabang Panjang.
Teks dan gambar: Aminudin Ismail. 

BATU RAKIT: Ahli Parlimen Setiu, Che Zulkifly Jusoh bersama Adun kawasan ini, Bazlan Abdul Rahman menghabiskan masa hampir empat jam mengunjungi 14 pesakit di tiga buah kampung di dun itu untuk menyampaikan bantuan, hari ini.

Program yang dianjurkan oleh pejabat Parlimen Setiu dengan kerjasama Dun Batu Rakit itu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga pesakit serta mengeratkan hubungan pemimpin dengan masyarakat setempat.

Turut sama dalam lawatan itu ialah isteri Zulkifly, Husainah Mohamad dan isteri Bazlan, Siti Zaimah Mahmod, Setiusaha UMNO Bahagian Setiu, Mohd Azmi Nazir, beberapa Pengerusi JKKK , Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Dun Batu Rakit.

Tuan Akmal, (76) menerima sumbangan RM200.
Dalam lawatan itu pesakit menerima sumbangan sejumlah wang tunai dan sebuah hamper yang disumbangkan oleh Pejabat Parlimen Setiu dan Pejabat Dun Batu Rakit. 

Bazlan berkata, kampung-kampung yang dikunjungi pada hari ini ialah Kampung Mengabang Panjang, Kampung Mengabang Lekor dan Kampung Pagar Besi.

"Selepas ini kita akan melawat pesakit di kampung-kampung lain pula di kawasan Batu Rakit ini untuk menghulurkan bantuan kepada pasakit bagi meringankan bebanan mereka," katanya.

Berikut ialah gambar-gambar yang sempat dirakam Teganukita yang turut bersama dalam lawatan itu:-
Makan pagi..peserta program makan pagi di Mengabang Panjang.
Bersiap..rombongan bersiap ke rumah pasakit.

Bazlan dan Che Zul di rumah W.Yusof (53) yang mengidap 'stroke'.
Bazlan bersama isteri di rumah Gayah Yaakob.
Di rumah Jamilah zakaria yang baru kematian suami.
Bersama Yusof Ismail yang mengalami penyakit saraf di Mengabang Panjang.
Turut mengunjungi rumah Fatimah Dol, vateran UMNO.
2 Yb berbual mesra dengan seorang pesakit yang dikunjunginya.
Mesra..Isteri YB Zul (kiri) bersama seorang pesakit.
Belai..Isteri YB Bazlan memegang bayi di rumah seorang pesakit

Teliti..Bazlan dan Zulkifly meneliti borang pesakit kronik seorang pesakit yang dikunjunginya.
Kunjung...Bazlan bersama beberapa anggota rombongan menuju ke rumah pesakit.