Halaman

09 January 2014

SMK Pelong ke arah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2016.

Daftar..ibubapa mendaftar anak mereka di SMK Pelong.
Oleh: Aminudin Ismail. 

BANDAR PERMAISURI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Langkap, dekat sini bakal menjadi sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) di negeri ini menjelang 2016.

Penolong Pegawai Pendidikan Pengurusan Sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu, Alias Husin berkata, pihaknya sedang berusaha kearah mencapai sekolah kluster itu dengan meningkatkan prestasi sekolah dari pelbagai aspek.

“Pada 2016 nanti, kita target sekolah ini akan menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sebuah sekolah yang cemerlang dalam semua aspek termasuklah ko-kurikulum dan akademik.

“Dari segi Gred Purata Sekolah (gps) sekolah ini adalah antara 20 buah sekolah terbaik di di negeri Terengganu dan kita yakin sasaran untuk menjadikan sekolah ini sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan akan tercapai,” katanya.

Alias ketika berucap di SMK Pelong.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan guru-guru mencari alternatif bagaimana untuk mempertingkatkan jumlah pelajar yang mendapat ‘Straigh A’ dalam peperiksaan.

“Sekolah ini ada nama di Terengganu, sebagaimana Sekolah berasrama penuh lain. Cuma setakat ini kita perlukan lebih banyak bilangan pelajar mendapat straight A,” katanya ketika berucap pada Majlis pendaftaran dan taklimat pelajar baru tingkatan 1 dan tingkatan 4 sekolah itu, hari ini.

Dalam pada itu, Alias mengharapkan semua pelajar sentiasa menjaga disiplin ketika belajar di sekolah itu kerana segala perlakuan mereka akan direkodkan dan sekiraya pelajar ada masalah disiplin, itu akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan apabila tamat persekolahan nanti.

Sementara itu, Pengetua SMK Pelong, Che Adam Che Muda berkata, seramai 10 pelajar baru tingkatan 4 dan 18 pelajar tingkatan 1 (panggilan kedua) mendaftar di sekolah itu, hari ini.
Hadir...sebahagian pelajar dan ibubapa yang hadir.