Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra
Walaupun dilahirkan tanpa kaki dan tangan serta menjadi perhatian rakan-rakan di sekolah, Nur Damia Irsalina Daeng Malis 7, tetap bersemangat untuk meneruskan rutinnya ke sekolah setiap pagi.
Menurut ibunya, Rosnaini Mohamad, 36, Nur Damia menunjukkan perkembangan positif dan mampu menyesuaikan diri walaupun baru empat hari bersekolah di Sekolah kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu itu.
"Dia bersemangat untuk ke sekolah dan bangun awal setiap hari. Saya juga bersyukur kerana pihak sekolah, guru-guru serta kawan-kawan juga banyak membantu Nur Damia. Suasana ini banyak mempengaruhi emosinya dan semangat anak saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.
Puan Rosnaini jururawat di Pusat Kesihatan Kuala Telemong kini terpaksa mengambil cuti enam bulan bagi menguruskan kehidupan dan aktiviti Nur Damia sepanjang di sekolah terutama ketika di kantin dan tandas.
Katanya, dia terpaksa berkorban masa dan tenaga serta bercuti panjang bagi memberi sepenuh perhatian kepada anak istimewanya itu sebelum mendapat khidmat seorang pembantu bagi menemani dan membantu pergerakan Nur Damia selepas ini.
"Setakat ini, saya akan memantau dan membantu pergerakannya sementara mendapat seorang pembantu bagi mengurus anak saya ini.
“Saya terpaksa bercuti tanpa gaji, walaupun jika bekerja saya juga dapat berulang-alik ke sekolahnya yang tidak jauh dari tempat kerja saya. Bagaimanapun, sekiranya perlu ke luar kawasan dan berkursus sepanjang tempoh enam bulan ini, ia pasti menyulitkan lagi keadaan,” katanya.
Nur Damia, anak ketiga dari empat beradik kepada pasangan suami isteri Dr Daeng Malis Ab Kahar , 43, dengan Rosnaini lahir pada 30 Jun 2007 tanpa kaki dan tangan, mendapat liputan meluas media berikutan semangat kentalnya untuk bersekolah seperti murid normal yang lain.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Rosnaini berkorban masa cuti enam bulan bagi menguruskan anak istimewanya, Nur Damia Irsalina sehingga mampu menyesuaikan diri di sekolah. |
Menurut ibunya, Rosnaini Mohamad, 36, Nur Damia menunjukkan perkembangan positif dan mampu menyesuaikan diri walaupun baru empat hari bersekolah di Sekolah kebangsaan Kuala Telemong, Hulu Terengganu itu.
"Dia bersemangat untuk ke sekolah dan bangun awal setiap hari. Saya juga bersyukur kerana pihak sekolah, guru-guru serta kawan-kawan juga banyak membantu Nur Damia. Suasana ini banyak mempengaruhi emosinya dan semangat anak saya untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya.
Puan Rosnaini jururawat di Pusat Kesihatan Kuala Telemong kini terpaksa mengambil cuti enam bulan bagi menguruskan kehidupan dan aktiviti Nur Damia sepanjang di sekolah terutama ketika di kantin dan tandas.
Katanya, dia terpaksa berkorban masa dan tenaga serta bercuti panjang bagi memberi sepenuh perhatian kepada anak istimewanya itu sebelum mendapat khidmat seorang pembantu bagi menemani dan membantu pergerakan Nur Damia selepas ini.
"Setakat ini, saya akan memantau dan membantu pergerakannya sementara mendapat seorang pembantu bagi mengurus anak saya ini.
“Saya terpaksa bercuti tanpa gaji, walaupun jika bekerja saya juga dapat berulang-alik ke sekolahnya yang tidak jauh dari tempat kerja saya. Bagaimanapun, sekiranya perlu ke luar kawasan dan berkursus sepanjang tempoh enam bulan ini, ia pasti menyulitkan lagi keadaan,” katanya.
Nur Damia, anak ketiga dari empat beradik kepada pasangan suami isteri Dr Daeng Malis Ab Kahar , 43, dengan Rosnaini lahir pada 30 Jun 2007 tanpa kaki dan tangan, mendapat liputan meluas media berikutan semangat kentalnya untuk bersekolah seperti murid normal yang lain.
Dia yang membahasakan diri sebagai 'Kak Nik' itu tidak kekok menulis dan petah bercakap, selain tidak teragak-agak
menjawab soalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan
Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib dan Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong,
Rozi Mamat yang melawat sekolah berkenaan pada hari pertama persekolahan, baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, YB Ghazali
berkata, pihaknya akan memanggil ahli akademik dari Kolej Universiti TATi untuk
membantu Nur Damia Irsalina terutama dalam menambah baik kerusi roda untuk
kegunaan murid tersebut serta kemudahan lain.
Ibu dan bapanya seorang pegawai
perubatan di Universiti Malaysia Terengganu sudah melakukan pelbagai persediaan
termasuk menyediakan kerusi roda bermotor yang ditempah khas berharga RM10,000
daripada pengasas Zull Design Autotronic, Zulkifli Haron, selain bantuan pihak
sekolah yang menyediakan laluan khas bagi memudahkan pergerakan anaknya itu.