![]()  | 
| Prof. Dr. Yahya Ibrahim. | 
Oleh; Esah Abdullah
 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan mengeluarkan 30 orang doktor pakar  tahun depan yang akan menjadi  tenaga pengajar di hospital-hospital dan juga hospital universiti  itu apabila beroperasi kelak.
Naib Cancelor  (NC) UniSZA, Prof. Dr  Yahya Ibrahim berkata,  ini merupakan kumpulan pertama pelajar  dari  Fakulti  Perubatan dan Sains Kesihatan  yang bakal menamatkan pengajian tahun depan.
“Saya akan cuba berbincang dengan pihak bertanggung jawab untuk mempercepatkan pembinaan hospital  UniSZA kerana tuntutan keperluan pengajaran di fakulti perubatan ini sangat kritikal,” katanya dalam sidang media di UniSZA baru-baru ini.
Katanya, mulai tahun depan 30 pelajar jurusan perubatan akan keluar dan mereka  memerlukan tempat mengajar  kerana  Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)  sudah penuh  dan tidak mampu  menerima pelajar dari UniSZA.
Menurutnya, pembinaan hospital UniSZA  di kawasan seluas 100 hektar itu nanti  sangat memberi manfaat  kepada pelajar  terutama dari UniSZA  serta memberi khidmat dan sumbangan kepada masyarakat setempat.
Prof Dr Yahya yang mula mengalas tugas sebagai NC bermula 1 Januari lalu berazam untuk memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin serta berusaha   membuat penambahbaikan  pembangunan di universiti itu menjadi  sebuah kampus  yang serba lengkap.
 “Saya memerlukan sokongan semua pihak pengurusan, pegawai dan kakitangan  untuk mengangkat matabat UniSZA ke tahap lebih tinggi dalam konteks pembangunan akademik  dan kecemerlangan,” katanya.
Pada masa yang sama saya akan membangunkan bangunan   canselori yang menempatkan pejabat NC, timbalan NC , pendaftar dan bendahari dan  akan menaiktaraf bangunan lama sebagai sebuah  canselori untuk capai matlamat pengurusan mesra dan efektif .

