Dato' Seri Haji Ahmad Said |
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan negeri meneruskan tradisi memperuntukkan sumbangan kewangan RM1.4 juta kepada setiap persatuan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh Terengganu.
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata bantuan pentadbiran tahunan itu disediakan kepada semua persatuan dan NGO yang berdaftar dengan Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan bergerak aktif sahaja.
“Dalam mesyuarat Exco hari ini juga bersetuju memberikan bantuan kepada persatuan dan NGO negeri sebagaimana tahun-tahun lepas, dengan jumlah kira-kira RM1, 412,000.
“Bantuan ini adalah untuk tahun kedua, dengan jumlah lebih kurang sama sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.
Beliau berkata, bantuan itu disediakan dalam kadar berbeza yang bergantung kepada saiz dan keperluan setiap pertubuhan berkenaan.