Kenangan...Bazlan (dua dari kanan, belakang) bergambar bersama kanak-kanak berkhatan di Wakaf Cagak. |
BATU RAKIT: Ibubapa di kawasan dun ini diingatkan supaya tidak terlalu memanjakan dan dan memberi keselesaan kepada anak-anak kerana ia bimbang boleh merosakan masa depan anak-anak mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, tidak sebagaimana ibubapa dahulu, ibubapa sekarang dilihat berlebihan dalam memberi sesuatu kepada anak-anak mereka sehingga apa sahaja permintaan anak akan dipenuhi.
"Anak-anak kita sekarang, cukup selesa, bangun tidur makanan sudah tersedia, tak ada minyak motor mintak dengan ibubapa. Betapa mudahnya, betapa selesa. Inilah satu kebimbangan kepada kita kerana keselesaan inilah membuatkan anak-anak kita boleh melakukan sesuatu yang tidak elok.
"Ini adalah kerana mereka tidak bekerja, nak makan sudah tersedia, nak naik motor mak beli dan jalan motor ayah beri duit minyak. Keselesaan ini membuatkan anak-anak tidak perlu memikirkan bagaimana nak mencari duit," kata Bazlan.
Sehubungan itu, Bazlan meminta setiap ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan landasan yang betul dan jangan terlampau memberi keselesaan kepada anak-anak kerana bimbang akan berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
"Sebagai wakil rakyat, saya bimbang kawasan yang kita jaga ini, kawasan Batu Rakit akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini oleh anak-anak kita," katanya.
Bazlan berkata demikian ketika merasmikan Majlis Khatan Beramai-ramai Komuniti 1Malaysia, Wakaf Cagak dekat sini, hari ini. Seramai 35 kanak-kanak dikhatan di majlis itu.
Turut hadir ialah Pegawai Penerangan Kuala Terengganu, Azri Zainal Abidin dan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Wakaf Cagak, Mohammad Abdullah, Pegawai Kesihatan HNZ Kuala Terengganu dan beberapa Ahli JKKK kampung itu.
Sementara itu beberapa peserta khatan ketika ditemui mengakui tidak takut atau gementar untuk berkhatan malah ada yang tidak sabar menunggu untuk dikhatankan.
Salam..Bazlan bersalaman dengan seorang peserta khatan. |
Hadir..sebahagian ibubapa yang hadir. |
Azri ketika berucap. |
Mohd Abdullah. |
Mohd Aidilfitri..tidak takut berkhatan. |