Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan negeri kesal sekiranya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menarik balik hak penganjuran sukan berprestij, kejohanan Piala Monsun, di Terengganu pada tahun depan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata keputusan tidak meneruskan penganjuran sukan yang dijalankan sejak 2005 itu seakan tidak menghargai peranan dan sumbangan Terengganu terhadap kemajuan dan pembangunan sukan negara khususnya dalam melahirkan ramai atlet bertaraf dunia.
“Setelah perjanjian awal (penganjuran) tamat pada tahun ini, terpulang kepada penganjur untuk mengadakannya di negeri mana dan sebagainya itu hak dia. Tapi soal sekarang kita melihat bahawa Terengganu sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk penganjuran Piala Monsun.
“Ini bermakna jika kejohanan itu diadakan di tempat lain, pihak berkenaan perlu menyediakan kemudahan yang baharulah. Itu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.
Menteri Besar turut meminta KBS dan pihak terlibat dengan penganjuran kejohanan itu supaya tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan mengkaji secara keseluruhan memandangkan Terengganu merupakan negeri yang paling ramai melahirkan atlet negara.
“Kilang pengeluar atlet negara adalah Terengganu, seperti pelumba basikal di peringkat Olimpik pun wakil anak Terengganu, acara lebuh raya juga diwakili anak Terengganu, kanu dan juga sukan lain ramai membabitkan anak Terengganu, sepatutnya pihak kementerian mempertimbangkan dengan pengalaman, kemudahan yang kita ada serta sumbangan kita,” katanya.
Malah, seramai 65 anak Terengganu turut mewakili negara dalam pelbagai acara pada Sukan Sea Myanmar tahun ini.
Katanya, sebelum ini juga Terengganu sentiasa bersedia menjadi tuan rumah dan lokasi pilihan ramai penganjur sukan, malah turut menyediakan bantuan kewangan sebagai sokongan kepada penganjuran sebarang aktiviti sukan negara ini.
Sehubungan itu juga, pihaknya juga berhasrat untuk menarik balik penajaan RM2 juta bagi penganjuran Le Tour de Langkawi (LTdL) yang sudah beberapa tahun Terengganu menjadi tuan rumah peringkat akhir acara itu.
“Saya melihat apabila tiada timbal balas ini, saya rasa kecewa dan kita beritahu kita akan tarik diri pada tahun ini untuk menjadi tuan rumah LTdL dan tidak akan menyediakan penajaan. Saya mudah sahaja,” katanya.
Terdahulu, kontrak penganjuran Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang akan tamat pada tahun ini, masih belum diperbaharui dan menimbulkan tanda-tanya.
Mengulas perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pihaknya akan membuat kajian terlebih dahulu sama ada mengekalkan kejohanan itu di Terengganu atau sebaliknya.
Gambar oleh Zulkipli Putra
Kerajaan negeri kesal sekiranya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menarik balik hak penganjuran sukan berprestij, kejohanan Piala Monsun, di Terengganu pada tahun depan.
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said ditemani Dato' Haji Mazlan Ngah ketika mengadakan sidang media selepas mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman. |