Walaupun kami tidak terlibat dengan banjir, tidak menanggung derita kesan dari bencana itu, tetapi kami ingin turut berkongsi derita dan kepayahan itu.
Rombongan kami (Unit Komunikasi Negeri- UKOM) seramai 12 orang turut sama ke daerah Kemaman dua hari lepas (15 Disember) membawa sedikit bantuan makanan untuk beberapa keluarga di sana. Walaupun tidak seberapa nilainya, tetapi sekurang-kurangnya kami ingin berkongsi mendengar luahan dan hibaan mereka yang baru sahaja menerima ujian Tuhan itu.
Kalau selama ini, kami hanya melaporkan berita banjir dan sebagainya, tetapi sebagai pengamal media kami juga ingin turut membantu sama, di samping membuat laporan berita dan isu. UKOM bersama Radio Manis FM dan Skuad Sayang Wanita Umno Bahagian Kemaman diberi kesempatan untuk mengagihkan bantuan di kawasan perumahan Bukit Mentok dan sekitarnya.
Sepanjang kira-kira enam jam menziarahi penduduk di situ, terasa amat teruja sekali kerana dapat membantu mereka yang benar-benar di dalam kesusahan.
Walaupun bau di persekitaran kurang menyenangkan , suasana udara yang kurang bersih dan menempohi laluan yang dipenuhi sampah-sarap, tetapi kerana hasrat ingin menyelami sama perasaan mereka, kami tidak hiraukan itu semua.
Kelihatan kerusi dan almari yang telah rosak berselerakan di luar rumah mereka, begitu juga kain baju dan pinggan mangkuk kotor bersepah-sepah di pinggir rumah.
Barang-barang elektrik seperti peti sejuk, mesin pencuci pakaian, kipas dan sebagainya kelihatan di luar rumah, kemungkinan telah rosak teruk.
Sebahagian besar barang-barang di dalam rumah telah rosak dan musnah akibat ditenggelami air beberapa hari. Terdapat juga kereta dan motosikal yang tersadai, juga mengalami kerosakan lantaran ditenggelami banjir kerana tidak sempat mengalihkannya kerana paras air naik mendadak.
Mereka, para penghuni rumah kelihatan dalam keadaan penat kerana membersih rumah dan mengemas rumah yang begitu kotor dan bersepah. Anak-anak kecil yang tidak memahami keadaan sebenarnya nampaknya riang gembira bermain di halaman rumah, biarpun ibubapa mereka kelihatan muram memikirkan kesukaran pasca banjir.
Dalam hati mereka berkata, betapa banyak kerugian yang ditanggung dan bilakah akan dapat digantikan semula barang yang musnah dan rosak itu.
Doa dan harapan dimunajatkan kepada Yang Maha Esa agar bantuan terus diperolehi dari masa ke semasa, di samping sedikit sebanyak duit yang ada tersimpan.
“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri yang telah mengumumkan bantuan awal RM500 dan kami percaya Kerajaan Negeri juga akan turut mengeluarkan bantuan tambahan,” kata salah seorang mangsa.
Mereka juga melahirkan terima kasih kepada semua agensi kerajaan, badan-badan sukarela dan semua pihak yang tidak putus-putus dan membantu mereka dan menghulurkan berbagai bentuk derma sama ada pakaian, makanan dan sebagainya.
Malahan mereka memuji sikap pemimpin kerajaan, termasuk Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said sendiri dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Haji Ahmad Shabery Cheek (Ahli Parlimen Kemaman) serta lain-lain wakil rakyat dan pimpinan Barisan Nasional (BN), yang turut sama membantu dan mengharungi banjir di saat-saat rakyat dan pengundi mereka di dalam kesusahan.
Walaupun ada segelintir pihak yang cuba mempertikaikan peranan kerajaan, agensi dan sebagainya dalam usaha membantu mangsa banjir, tetapi itulah lumrah hidup.
Yang suka membangkang dan menentang akan terus bersikap demikian, dalam keadaan mana sekalipun. Percayalah, mereka yang bersyukur dan berterima kasih sesama insan pasti diberkati.
Apa yang utama bagi mereka juga ialah, dapur mereka terus ‘berasap’ dan ahli keluarga mereka dapat menikmati makanan seadanya, walaupun keselesaan tempat tidur dan berehat di dalam rumah masih belum pulih sepenuhnya akibat kerosakan tilam, kerusi dan sebagainya.
Semuanya ini menjadi pengajaran kepada kita semua, bahawa keselesaan dan kesenangan itu tidak kekal abadi, tiba waktunya kita pasti diuji oleh Illahi jua.
Kami katakan kepada mereka, sabarlah! Allah bersama orang-orang yang sabar.
Kami hulurkan bantuan beras, gula, gandum, sardin, susu, biskut dan lain-lain makanan sekadar yang termampu untuk bekalan beberapa hari sahaja.
Sewaktu di wawancara oleh Manis FM secara lintas langsung, saya menyatakan bahawa sekurang-kurangnya kehadiran kami dan lain-lain sukarelawan dapat mengubat hati mangsa-mangsa banjir itu. “Mereka akan berasa gembira kerana di saat mereka menempohi kesusahan, ada juga insan lain yang datang dari jauh dan dekat, membantu dan berkongsi sama kesusahan itu”.
Cubit peha kanan, paha kira juga ikut terasa.
Demikianlah gambaran bahawa kesusahan yang ditanggung oleh mangsa banjir itu turut dirasai oleh kita semua dan bersama-samalah membantu.
Deritamu, derita kami jua!
Semoga kalian tabah menghadapinya.