Halaman
15 December 2013
CAKNA RAKYAT: DERITA RAKYAT DERITANYA JUA
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said seorang yang bukan sekadar cakap, tetapi buat apa yang diucapkannya.
Beliau yang sering memperkatakan bahawa rakyat bagi kerajaan negeri pimpinannya adalah menjadi keutamaan. Semalam (14 Dis), beliau bersama isteri To' Puan Hajah Norliza Mahmud bergotong royong bersama rakyat membersih kawasan dan bangunan pasca banjir di beberapa kampung di Kemaman, termasuklah Pasir Gajah, Seberang Tayor dan lain-lain.
Dato' Seri Haji Ahmad dan isteri juga turut mendengar apa jua aduan dan runggutan mangsa banjir dengan penuh rasa kasih dan sayang.
Catatan Ruslan AR.